
Wednesday, October 28, 2009
Thursday, October 15, 2009
MAJLIS HARI RAYA
MAJLIS HARI RAYA CG
KINI MAJLIS HARI RAYA CG TELAH KEMBALI JADI APE TUNGGU LAGI….
JOM KITA RAMAI-RAMAI DAPATKAN TIKET..
HANYA RM5
ANDA AKAN DIJAMUKAN DENGAN PELBAGAI JUADAH MAKAN SEPERTI
SOTO….NASI HUJAN PANAS….NASI HIMPIT…ROTI JALA DAN PELBAGAI LAGI
SEMUANYA MENYELERAKAN… NYUMMMMMMMMMMMMMMMY NYUMMMMYYY
JOM KITA SEMUA JOIN MAJLIS HARI RAYA CG
BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TEMPAT: CAFÉ CAHAYA GEMILANG
MASA: 8.00 MALAM – 10.30 MALAM
TARIKH: 17 OCT 2009
BAYARAN: RM 5
UNTUK MAKLUMAT LANJUT ATAU INGIN MENDAPATKAN TIKET BOLEH HUBUNGI
MR.ANIP-0195402032
PENCARIAN PESERTA MINI TOT
INGIN MENYERLAHKAN BAKAT??
INGINKAN PENGALAMAN YANG BEST??
JOMMMMMMMM…..
SERTAI KAMI UNTUK MENJAYAKAN MINI TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN (MINI TOT) DESA
ANDA BOLEH MENULIS NAMA ANDA DI RUANGAN YANG DI SEDIAKAN DI PAPAN KENYATAAN CAFÉ
JIKA ANDA JOIN….
• UNIT DESA AKAN DI BERIKAN
• PEMENANG AKAN DI ILIH UNTUK MEWAKILI DESA KE TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN
• SIJIL AKAN DISEDIAKAN
• TIADA YURAN PENYERTAAN
PENYERTAAN ANDA AMAT DI ALU-ALUKAN
*BAGI ACARA YANG MEMPUNYAI PENYERTAAN KURANG DARIPADA 4 ORANG, ACARA TERSEBUT TIDAK AKAN DI PERTANDINGKAN
0.__.0 1 siswa 1 MALAYSIA 0,__.O
1 siswa 1 Malaysia
9,10, 11 0ktober 2009
USM telah menjadi tuan rumah untuk satu program Perkampungan 1siswa 1 malaysia yang menggabungkan semua IPTA dan IPTS di Malaysia. Perkampungan tersebut telah berlangsung selama 3hari 2 malam dan pelajar-pelajar IPTA telah berkampung di USM dengan menginap di setiap desasiswa-desasiswa. Program tersebut telah dimulakan dengan pada malam 9 0ktober 2009 diadakan pesta cahaya dan juga pesta tanglung yang diadakan di padang kawad USM, DUP. kedua-dua pesta tersebut telah mendapat sambutan yang amat mengggalakkan daripada setiap pelajar di USM. Paling menakjubkan apabila pelajar-pelajar asing juga turut bergabung dan bekerjasama dalam menjayakan majlis pada malam itu. Hal ini dapat menunjukkan dan memberi peluang kepada mereka untuk mengenali budaya di Negara Malaysia.
Pada malam esoknya telah diadakan majlis perasmian yang telah dirasmikan oleh TNC USM. Majlis perasmian tersebut telah dimulakan dengan upacara perbarisan daripada setiap desasiswa dan juga IPTA yang ada. Kemudian majlis diserikan lagi dengan persembahan daripada setiap university dengan menggabungkan pelajar asing dalam persembahan tersebut. cabutan bertuah juga turut diadakan dan pada malam tersebut cabutan bertuah merupakan cabutan yang besar yang telah diadakn di USM. Hadiah-hadiah yang ada begitu lumayan..
Pada keesokkannya diadakan pula walk robik iaitu berjalan diluar kampus secara beramai-ramai. Sebelum berjalan, majlis dimulakan dengan persembahan kung fu, peacak silat olahraga dan juga pertunjukkan pancaragam daripada Tentera Darat Malaysia Kem Sungai Ara, Penang. Seterusnya bagi memulakan perjalanan kesemua peserta telah melakukan senam robic secara beramai-ramai.
Majlis penutupan berlangsung pada tengah hari dengan menyaksikan setiap desasiswa membuat sorokan dan pasukan daripada desasiswa Restu telah memenangi manakala pasukan daripada desasiwa Fajar Harapan memenangi laungan moto dan pasukan Bakti Banner tercantik. Walaupun desasiswa kita tidak memenangi sebarang hadiah tetapi kami tetap enjoy..ini memang dah sifat kami walaupun pada hakikatnya kami merasakan seperti desasiswa kita seperti di pinggirkan. Yang penting kami hepy dan enjoy..
^__* laketown resort *___^
4 oktober 2009
Pada 4 oktober 2009 seramai 20 orang MPD CG telah menghadiri satu Bengkel Exco-exco MPD Desasiswa USM. Bengkel tersebut berlangsung selama satu hari di Bukit Merah Laketown Resort, Perak. Bengkel ini telah dianjurkan oleh pihak Desasiswa Jaya iaitu daripada Kampus Kejuruteraan. Semua MT dan MPD daripada setiap desasiswa berkumpul bersama-sama pada hari tersebut. Bengkel tersebut member input yang berguna kepada MPD untuk menjalankan segala tugas tanggungjawab dan peranan setiap MPD. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan di mana setiap ahlinya berbeza daripada desasiswa-desasiswa. Di akhir bengkel tersebut setiap kumpulan dikehendaki menyediakan satu kertas kerja mengenai satu prokek baru yang masih belum di adakan di USM. Setiap kumpulan dikehendaki membentngkan kertas kerja tersebut di hadapan pegawai-pegawai yang terlibat ketika itu. Bngkel tersebut merupakan satu kenangan yang boleh dikatakan manis jugak la pada MPD CG. Mane tak nyer sebab asyik makan jer..hahaha..pelbagai aksi dan telatah yang dapat dilihat pada hari tersebut. Secara tidak langsung dapat merapatkan MPD-MPD CG khususnya dikalangan MPD lama dan baru.
^________^ watikah perlantikan^_________^
09 sept 2009
Pada 9 september MPD CG telah mengadakan majlis watikah perlantikan MPD bagi sesi 2009/2010. Majlis ini telah dilaksanakan oleh Exco PICT dan LESTARI dengan kerjasama MPD2 lain. Syukur Alhamdulillah majlis itu berjalan dengan lancar. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Penggawa Desasiswa Cahaya Gemilang iaitu En Shafie. Turut bersama adalah penolong penggawa, Fello dan juga MPD2 lain. Majlis itu telah dimulakan dengan ucapan daripada YDP MPD CG iaitu saudara Yan dan diteruskan dengan ucapan daripada penggawa CG. Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil watikah kepada semua MPD. Selesai majlis tersebut kami telah berbuka puasa bersama-sama dan menunaikan solat terawikh berjemaah. Pada jam 10.30 malam telah diadakan satu perbincangan dan perbentangan kertas kerja oleh setiap exco MPD CG. Bagi kertas kerja yang baik akan dijalankan.
antara yang sempat kami snap ^____0
[dOLu-DoLU] ^_^
[pelakon::dak2 cg gak]
[lokasi::dimane budak CG pijak,disitu langit dijunjung]
ni adalah klip video tentang CG mase sidang lepas~
CG adalah cerita tentang sebuah kehidupan, secebis kesedihan, selembar kegembiraan dan selingkar keakraban~
inilah......CAHAYA GEMILANG
DESASISWA CAHAYA GEMILANG
blog ni telah di buat oleh fortfolio PICT dengan kerjasama portfolio lain...tq laa u olsss
tujuan utama blog ini adalah untuk bg info yg terbaru tentang desasiswa Cahaya Gemilang..so korang rajin2 laa jenguk blog ni ye...
kat sini kita xde laa formal2..so nak kongsi pandangan ke ape ke yang boleh membantu desa boleh di informkan kat sni ye..ape yang korang x puas hati pun bleh cakap gak.kami sebagai wakil dari pihak pengurusan akan cuba sedaya cuba membantu.
ok laa tu laa dulu,so if korang ada ape2 jgn segan2 untuk inform k.