I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, October 15, 2009

0.__.0 1 siswa 1 MALAYSIA 0,__.O


1 siswa 1 Malaysia

9,10, 11 0ktober 2009

USM telah menjadi tuan rumah untuk satu program Perkampungan 1siswa 1 malaysia yang menggabungkan semua IPTA dan IPTS di Malaysia. Perkampungan tersebut telah berlangsung selama 3hari 2 malam dan pelajar-pelajar IPTA telah berkampung di USM dengan menginap di setiap desasiswa-desasiswa. Program tersebut telah dimulakan dengan pada malam 9 0ktober 2009 diadakan pesta cahaya dan juga pesta tanglung yang diadakan di padang kawad USM, DUP. kedua-dua pesta tersebut telah mendapat sambutan yang amat mengggalakkan daripada setiap pelajar di USM. Paling menakjubkan apabila pelajar-pelajar asing juga turut bergabung dan bekerjasama dalam menjayakan majlis pada malam itu. Hal ini dapat menunjukkan dan memberi peluang kepada mereka untuk mengenali budaya di Negara Malaysia.

Pada malam esoknya telah diadakan majlis perasmian yang telah dirasmikan oleh TNC USM. Majlis perasmian tersebut telah dimulakan dengan upacara perbarisan daripada setiap desasiswa dan juga IPTA yang ada. Kemudian majlis diserikan lagi dengan persembahan daripada setiap university dengan menggabungkan pelajar asing dalam persembahan tersebut. cabutan bertuah juga turut diadakan dan pada malam tersebut cabutan bertuah merupakan cabutan yang besar yang telah diadakn di USM. Hadiah-hadiah yang ada begitu lumayan..

Pada keesokkannya diadakan pula walk robik iaitu berjalan diluar kampus secara beramai-ramai. Sebelum berjalan, majlis dimulakan dengan persembahan kung fu, peacak silat olahraga dan juga pertunjukkan pancaragam daripada Tentera Darat Malaysia Kem Sungai Ara, Penang. Seterusnya bagi memulakan perjalanan kesemua peserta telah melakukan senam robic secara beramai-ramai.

Majlis penutupan berlangsung pada tengah hari dengan menyaksikan setiap desasiswa membuat sorokan dan pasukan daripada desasiswa Restu telah memenangi manakala pasukan daripada desasiwa Fajar Harapan memenangi laungan moto dan pasukan Bakti Banner tercantik. Walaupun desasiswa kita tidak memenangi sebarang hadiah tetapi kami tetap enjoy..ini memang dah sifat kami walaupun pada hakikatnya kami merasakan seperti desasiswa kita seperti di pinggirkan. Yang penting kami hepy dan enjoy..

pesta cahaya dan tang long

perbarisan
penghuni CG

salah satu banner dari CG

No comments:

Post a Comment