I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, February 6, 2010

ini adalah carta untuk desasiswa cahaya gemilang...so kalo ada yg x de gambar atau ada kesalahan sila ejaan nama sila maklumkan....

majlis tertinggi

exco-exco

Tuesday, January 5, 2010

::SELAMAT TAHUN BARU 2010::



kami mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada seluruh penghuni desasiswa Cahaya Gemilang dan warga USM. Selamat menempuh satu lagi semester baru dalam diari kehidupan. Bagi yang baru, selamat menempuh semester yang baru. Bagi pelajar yang barangkali ini adalah semester terakhir mereke, ciptalah kenangan-kenangan indah yg akan dikenang sampai ke akhirnya. Semoga tahun baru 2010 memberi seribu sinar yang akan menjadikan hidup kita lebih bermakna~

Thursday, November 12, 2009

pembakar semangat!! good luck!


SYUKRI (kanan) menunjukkan isyarat bagus kepada Boon Wah (tengah) sambil diperhatikan Ahmad Syahir pada sidang media khas Konvokesyen Ke-40 USM di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Kesusahan hidup sebagai anak seorang buruh binaan tidak pernah menghalang Ahmad Shahir Saleh untuk muncul sebagai pelajar cemerlang graduan Sains Fizik di Universiti Sains Malaysia (USM).

Hasil kegigihannya, anak jati Merlimau, Melaka itu dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) Bumiputera oleh Majlis Raja-Raja Malaysia selepas meraih Anugerah Dekan pada setiap semester pengajian. (Purata : CGPA 3.8-4.0)

Menurut Shahir, 22, pengorbanan bapanya, Saleh Adam, 48, yang hanya bekerja sebagai buruh menyara dia dan tiga adiknya menjadi pendorong kepadanya untuk cemerlang dalam pelajaran.

Katanya, ibunya, Sharifah Hamdan, 47, pula yang bertugas sebagai guru tadika sentiasa memberi keutamaan kepada pelajaran anak-anak.

"Prinsip tidak salah berkongsi ilmu dan mengajar orang lain juga banyak membantu kerana ia membuatkan saya lebih faham apa yang dipelajari," katanya ketika ditemui di USM semalam.

Penerima biasiswa Petronas itu akan melaporkan diri sebagai Geo Saintis di Petronas Carigali Sdn. Bhd. pada 1 September ini.
Ulasan :

Tahniah Dari kami di atas kecemerlangan itu. Anugerah Dekan Purata CGPA 3.8 hingga 4.0.

Thursday, October 15, 2009

MAJLIS HARI RAYA

MAJLIS HARI RAYA CG

KINI MAJLIS HARI RAYA CG TELAH KEMBALI JADI APE TUNGGU LAGI….

JOM KITA RAMAI-RAMAI DAPATKAN TIKET..

HANYA RM5

ANDA AKAN DIJAMUKAN DENGAN PELBAGAI JUADAH MAKAN SEPERTI

SOTO….NASI HUJAN PANAS….NASI HIMPIT…ROTI JALA DAN PELBAGAI LAGI

SEMUANYA MENYELERAKAN… NYUMMMMMMMMMMMMMMMY NYUMMMMYYY

JOM KITA SEMUA JOIN MAJLIS HARI RAYA CG

BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

TEMPAT: CAFÉ CAHAYA GEMILANG

MASA: 8.00 MALAM – 10.30 MALAM

TARIKH: 17 OCT 2009

BAYARAN: RM 5

UNTUK MAKLUMAT LANJUT ATAU INGIN MENDAPATKAN TIKET BOLEH HUBUNGI

MR.ANIP-0195402032

PENCARIAN PESERTA MINI TOT

PERHATIAN!!!

ANDA INGIN BERBAKTI KEPADA DESA??
INGIN MENYERLAHKAN BAKAT??
INGINKAN PENGALAMAN YANG BEST??

JOMMMMMMMM…..
SERTAI KAMI UNTUK MENJAYAKAN MINI TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN (MINI TOT) DESA
ANDA BOLEH MENULIS NAMA ANDA DI RUANGAN YANG DI SEDIAKAN DI PAPAN KENYATAAN CAFÉ
JIKA ANDA JOIN….

UNIT DESA AKAN DI BERIKAN
• PEMENANG AKAN DI ILIH UNTUK MEWAKILI DESA KE TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN
• SIJIL AKAN DISEDIAKAN
• TIADA YURAN PENYERTAAN


PENYERTAAN ANDA AMAT DI ALU-ALUKAN

*BAGI ACARA YANG MEMPUNYAI PENYERTAAN KURANG DARIPADA 4 ORANG, ACARA TERSEBUT TIDAK AKAN DI PERTANDINGKAN

0.__.0 1 siswa 1 MALAYSIA 0,__.O


1 siswa 1 Malaysia

9,10, 11 0ktober 2009

USM telah menjadi tuan rumah untuk satu program Perkampungan 1siswa 1 malaysia yang menggabungkan semua IPTA dan IPTS di Malaysia. Perkampungan tersebut telah berlangsung selama 3hari 2 malam dan pelajar-pelajar IPTA telah berkampung di USM dengan menginap di setiap desasiswa-desasiswa. Program tersebut telah dimulakan dengan pada malam 9 0ktober 2009 diadakan pesta cahaya dan juga pesta tanglung yang diadakan di padang kawad USM, DUP. kedua-dua pesta tersebut telah mendapat sambutan yang amat mengggalakkan daripada setiap pelajar di USM. Paling menakjubkan apabila pelajar-pelajar asing juga turut bergabung dan bekerjasama dalam menjayakan majlis pada malam itu. Hal ini dapat menunjukkan dan memberi peluang kepada mereka untuk mengenali budaya di Negara Malaysia.

Pada malam esoknya telah diadakan majlis perasmian yang telah dirasmikan oleh TNC USM. Majlis perasmian tersebut telah dimulakan dengan upacara perbarisan daripada setiap desasiswa dan juga IPTA yang ada. Kemudian majlis diserikan lagi dengan persembahan daripada setiap university dengan menggabungkan pelajar asing dalam persembahan tersebut. cabutan bertuah juga turut diadakan dan pada malam tersebut cabutan bertuah merupakan cabutan yang besar yang telah diadakn di USM. Hadiah-hadiah yang ada begitu lumayan..

Pada keesokkannya diadakan pula walk robik iaitu berjalan diluar kampus secara beramai-ramai. Sebelum berjalan, majlis dimulakan dengan persembahan kung fu, peacak silat olahraga dan juga pertunjukkan pancaragam daripada Tentera Darat Malaysia Kem Sungai Ara, Penang. Seterusnya bagi memulakan perjalanan kesemua peserta telah melakukan senam robic secara beramai-ramai.

Majlis penutupan berlangsung pada tengah hari dengan menyaksikan setiap desasiswa membuat sorokan dan pasukan daripada desasiswa Restu telah memenangi manakala pasukan daripada desasiwa Fajar Harapan memenangi laungan moto dan pasukan Bakti Banner tercantik. Walaupun desasiswa kita tidak memenangi sebarang hadiah tetapi kami tetap enjoy..ini memang dah sifat kami walaupun pada hakikatnya kami merasakan seperti desasiswa kita seperti di pinggirkan. Yang penting kami hepy dan enjoy..

pesta cahaya dan tang long

perbarisan
penghuni CG

salah satu banner dari CG