I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, November 12, 2009

pembakar semangat!! good luck!


SYUKRI (kanan) menunjukkan isyarat bagus kepada Boon Wah (tengah) sambil diperhatikan Ahmad Syahir pada sidang media khas Konvokesyen Ke-40 USM di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Kesusahan hidup sebagai anak seorang buruh binaan tidak pernah menghalang Ahmad Shahir Saleh untuk muncul sebagai pelajar cemerlang graduan Sains Fizik di Universiti Sains Malaysia (USM).

Hasil kegigihannya, anak jati Merlimau, Melaka itu dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) Bumiputera oleh Majlis Raja-Raja Malaysia selepas meraih Anugerah Dekan pada setiap semester pengajian. (Purata : CGPA 3.8-4.0)

Menurut Shahir, 22, pengorbanan bapanya, Saleh Adam, 48, yang hanya bekerja sebagai buruh menyara dia dan tiga adiknya menjadi pendorong kepadanya untuk cemerlang dalam pelajaran.

Katanya, ibunya, Sharifah Hamdan, 47, pula yang bertugas sebagai guru tadika sentiasa memberi keutamaan kepada pelajaran anak-anak.

"Prinsip tidak salah berkongsi ilmu dan mengajar orang lain juga banyak membantu kerana ia membuatkan saya lebih faham apa yang dipelajari," katanya ketika ditemui di USM semalam.

Penerima biasiswa Petronas itu akan melaporkan diri sebagai Geo Saintis di Petronas Carigali Sdn. Bhd. pada 1 September ini.
Ulasan :

Tahniah Dari kami di atas kecemerlangan itu. Anugerah Dekan Purata CGPA 3.8 hingga 4.0.

No comments:

Post a Comment